Tuesday, November 17, 2009

KUMPULAN SEARCH

Sejarah Kumpulan Rock Lagenda Search


Search merupakan kugiran rock berasal dari Malaysia. Kumpulan Search terdiri daripad empat orang anggota yang berasal dari Johor.

Search ditubuhkan oleh Yazit dan anggota asalnya terdiri daripada :-

  1. Yazit (pemain drum)
  2. Hillary Ang (gitar)
  3. Nasir (bass)
  4. Zainal (gitar dan penyanyi juga bekas ahli kumpulan Rampa).

Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpursejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal digantikan Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.

Amy, seorang "piano tuner" diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.

Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudian meninggalkan Search dan tempat mereka digantikan Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas kumpulan Lefthanded.

Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan Search menjadi ikutan para remaja dengan imej artis berambut panjang dan pakaian yang mencolok mata menyebabkan pihak RTMbertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul di kaca TV.

Kumpulan Search menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul "CINTA BUATAN MALAYSIA". Album ini menjadi satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.

Man Kidal dan Yan kemudian meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan Hillary dan Nasir semula. Search kemudian menghasilkan lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.

Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary sekali lagi meninggalkan Search, digantikan Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.

Perancangan rapi pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-Search menjadikan Search popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Search juga bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama kumpulan Wings) dalam album Double Trouble yang diterbitkan M Nasir.

Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan Yan. Yan sekali lagi meninggalkan Search untuk menumpukan perhatian kepada kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded. Tempatnya digantikan Nasir.

Fauzi kemudian menyertai Search sebagai bass dan tidak lama kemudian Amy menarik diri. Search kemudian bergabung dengan Awie dan menghasilkan album "Search & AWIE - Bikin Wilayah". Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search generasi baru untuk menghasilkan album "Search, SELEPAS BANJIR". Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar - bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam).

Search generasi baru ini hanya bertahan untuk satu album, Selepas Banjir. Akhirnya pada 16 Jan 2001, nama Search dibekukan dan untuk meneruskan legasi Search, sebuah kumpulan baru RAMPAGE ditubuhkan.

Pembekuan Search adalah satu kehilangan besar bagi peminat muzik rock tempatan. Sepanjang karier mereka, Search adalah satu contoh terbaik rock band.

Selepas hampir 5 tahun berpecah, pada tahun 2004, Amy, Kid, Din dan Nasir bergabung semula dalam Konsert Evolusi di Stadium Merdeka dengan disaksikan hampir 50 ribu penonton yang menantikan aksi mereka selepas sekian lama. Namun, barisan kali ini tidak menampilkan Yazid sebagai pemain drum tetapi digantikan Lola yang pernah bermain untuk XPDC dan LEFTHANDED.

Sejurus selepas penggabungan semula itu, Search berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagi album berjudul "Empire Garden". Malangnya selepas 2 tahun album yang diwar-warkan tidak dapat diterbitkan kerana masalah dalaman.

Pada 2006, akibat krisis dalaman, Din dan Kid disingkirkan. Tempat mereka digantikan kembali Hillary [antara pengasas kumpulan Search]. Dengan kemasukan Hillary ini, mereka berjaya membuat album "Gotik Malam Edan" dalam masa 2 bulan juga pada tahun 2006 ini dengan Edrie Hashim bertindak sebagai penerbit.

Album ini mendapat bantahan ramai peminat fanatik Search kerana perubahan aliran muzik yang ditampilkan. Walaupun begitu, Search melakukan perubahan ini kerana tidak mahu berada di takuk lama dengan sejajar dengan perubahan muzik dunia yang sudah berkembang.

Sempena 25 tahun Search dalam industri muzik Malaysia, mereka ingin melakarkan satu lagi episod bersejarah dengan mengadakan konsert ulangtahun ke-25 mereka dengan SLANK dari Indonesia sebagai penyanyi undangan. Selepas 2 kali ditunda, akhirnya tarikh konsert yang ditetapkan jatuh pada 5 Januari 2007 di Stadium Merdeka dan 7 Januari 2007 di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor.

Malangnya, pada penghujung tahun 2006, rakyat Malaysia dikejutkan dengan banjir besar di Johor menyebabkan Search terpaksa menunda konsert ini ke tarikh lain. Namun, ketika saat akhir persiapan konsert itu, Search bertindak menarik diri. Penarikan diri ini disebabkan pihak penganjur iaitu Tiga Events Sdn Bhd gagal memenuhi beberapa specifikasi Search yang menginginkan sebuah konsert ulangtahun yang hebat sedangkan Search hanya mahu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat mereka.

Disebabkan Search tidak mahu konsert itu disamakan dengan konsert biasa lain seperti Jom Heboh, Search sanggup menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert yang dianjurkan Tiga Event (anak syarikat TV3).

Pada awal 2008, gitaris kedua Kumpulan Search,Din telah kembali menyertai band ini. Tugasan pertama Din bersama Search adalah menjayakan persembahan beberapa buah lagu hits Search di Konsert Sunburst, Kuala Lumpur.Konsert itu turut disertai beberapa band tempatan yang lain seperti Hujan dan turut disertai beberapa artis antarabangsa.

Akhirnya, pada awal 2009,Celcom Berhad telah memeterai perjanjian untuk menaja konsert penghargaan Search Di Awan Biru.

Konsert pertama dalam siri jelajah ini bermula di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada bulan Mei2009 yang lalu.Anak perempuan Amy Search,Nabila Huda bertindak selaku pengacara majlis.Konsert ini amat dinanti-nantikan oleh peminat Search di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain di utara Semenanjung.Mereka tetap bersemangat untuk menyanyi bersama-sama anggota Kumpulan Search yang lain walaupun pada malam itu hujan telah turun dengan lebatnya.

Siri jelajah konsert ini diteruskan ke negeri asal kesemua anggota Kumpulan Search iaitu di Johor Bahru. Seperti yang dijangkakan, sambutan peminat amat menerujakan sekal.Seterusnya,konsert ini bergerak ke Bandar Pusat Jengka,Pahang.Sambutan peminat disini cukup menggalakkan sekali, tambahan pula ianya diadakan di padang yang terletak di tengah-tengah bandar ini.Lokasi keempat pula adalah di Kuala Terengganu.Namun, terdapat sedikit masalah berkaitan penerbangan ke Kuala Terengganu yang menimpa Amy dan mengakibatkan beliau tidak dapat memberikan persembahn terbaik pada malam itu.Namun, peminat harus mengerti kerana dalam keadaan keletihan, perkara seperti itu tidak dapat dielakkan.

Terbaru,siri jelajah konsert Search di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak pada bulan Julai ini terpaksa ditunda akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.Namun, siri konsert tersebut pada 1 Ogos 2009 yang akan berlangsung di Kompleks Equestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur akan berlangsung seperti yang dijadualkan.

Majalah URTV edisi 15-31 Julai 2009 telah memberi penghormatan kepada Kumpulan Search untuk dijadikan sebagai cover depan majalah tersebut. Dalam sesi temuramah dengan wartawan majalah hiburan tersebut, anggota Kumpulan Search telah menceritakan beberapa pengorbanan dan cabaran yang terpaksa dihadapi kumpulan tersebut dalam usaha menjadikan mereka sebuah band legenda pada hari ini.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika Search mula mahu mencipta nama di Indonesia.Dalam sesi temebual pertama dengan media negara tersebut, Search telah diajukan dengan beberapa soalan yang berbentuk provokasi seperti adakah Search sudah cukup bagus untuk beraksi disana dan mengapakah lirik-lirik dalam sesetengah lagu Search agak mendayu-dayu.Namun semua itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mencipta nama di Indonesia.Dan hasilnya, Search telah berjaya memikat hati peminat muzik di sana dengan jualan album mereka mencecah ratusan ribu unit di sana.

Pada tanggal 1 Ogos 2009, satu detik bersejarah telah berlaku.Bertempat di Kompleks Equestrian Bukit Kiara,Kuala Lumpur,impian Search untuk mengadakan satu konsert istimewa buat peminatnya sempena 28 tahun mereka di arena muzik tanah air terlaksana juga.Walaupun bermula agak lambat akibat masalah teknikal di pentas dan juga masalah kesesakan jalan raya yang menyaksikan anggota Kumpulan Search terpaksa menumpang motor orang ramai untuk memasuki pentas, namun itu semua tidak mematahkan semangat kesemua anggota Kumpulan Search untuk memberikan persembahan terbaik mereka.

Tambahan pula, pada malam yang bersejarah itu menyaksikan kemunculan Kid sebagai gitaris undangan dan beliau tidak menghampakan peminat Search dengan persembahan yang cukup bertenaga dengan gaya pakaian yang melamabangkan rockers sejati. Dalam satu segemen khas yang digelar peminat sebagai "Battle of The Guitarist", penonton terpukau apabila menyaksikan satu persembahan khas daripada Kid, Din dan Hillary Ng yang menunjukkan kehandalan mereka bermain gitar secara serentak.Persembahan dianggap sebagai persembahan bertaraf dunia dan diiktiraf peminat sebagai yang terbaik pernah dipersembahkan oleh mana-mana gitaris di Malaysia.Persembahan daripada Nasir, Yazid dan vokal yang memukau daripada Amy menjanjikan satu kepuasan kepada semua peminat Search yang hadir pada malam tersebut.

Syabas buat Search. Semoga perjuangan anda semua akan lebih sukses di tahun-tahun yang akan datang!!!

Album studio

  • Cinta Buatan Malaysia (1985)
  • Langit dan Bumi (1986)
  • Mentari Merah Diufuk Timur (1987)
  • Fenomena (1989)
  • Karisma (1990)
  • Search Sepuluh Tahun (1991)
  • Rampage (1992)
  • Double Trouble gabungan dengan Wings (1992)
  • Search Terbaik1994
  • Gema di Timur Jauh (1995)
  • Search Unplugged (1995)
  • Search,Rock N Roll Pie (1997)
  • Search Rock N Roll Pie, Live N Loud (1997)
  • Double Trouble 2 gabungan dengan Wings (1998)
  • Search & Awie - Bikin Wilayah (1999)
  • Search, Selepas Banjir (2000)
  • Empire Garden (Lost Album, tidak diedarkan, 2003)
  • Gothik Malam Edan (2006)

[sunting]Album kompilasi

  • Berpaling
  • Di Pintu Sepi (1988)

[sunting]Lagu-lagu

  • "Balada Pemuzik Jalanan"
  • "Cinta buatan Malaysia"
  • "Cinta Pertama"
  • "Cinta Sepi"
  • "Jiwa-Jiwa Luka"
  • "Musafir"
  • "Nombor"
  • "Sirih Gambir"
  • "Mencari Sebuah Nama"
  • "Musnah"
  • "Pada Satu Kedudukan"
  • "Tumbuk Rusuk"
  • "Pelesit Kota"
  • "Gadisku"
  • "Bunga Pesona"
  • "Pembakar Perasaan"
  • "Sebatang Tongkat Untuk Berdiri"
  • "Serigala Segalanya"
  • "Mat Rock"
  • "Kepala Angin"
  • "Gadis Ayu"
  • "Berpaling"
  • "Mungkinkah Tertawa"
  • "Cinta Kita"
  • "Manusia Oh Manusia"
  • "Mencari"

Album: Rampage (1992)

  1. Neo Romantik
  2. Asli Dan Tulus
  3. Berbagai Wajah
  4. Metropolitan
  5. Analogi 0.1
  6. Feel The Pain
  7. Nigina
  8. Sederhana
  9. Bertopeng Cinta
  10. Nirmala
  • "Gemuruh"
  • "Akhirnya"
  • "Nazar"
  • "Cakap Memang Murah"
  • "Ikutkan Saja"
  • "Panggung Khayalan"
  • "Mengundur Waktu"
  • "Kereta Merah"
  • "Nantikan Gerimis"
  • "Mata Kucing"
  • "Satu Bangsa, Satu Arah"
  • "Melintasi Batas"
  • "Memoria anna"
  • "Irama marakas"
  • Yin dan Yang"

Album: Karisma (1990)

  1. Melastik Ke Bintang
  2. Melayar Bahtera
  3. Orang Timur
  4. Dunia Milik Kita
  5. Emanuelle
  6. Memandu Nafsu
  7. Teguh
  8. Manusia Reptilia
  9. Paranoid
  10. Orait Mama
  11. Sutera Atau Rayon


Album: Terbaik (1994)

  1. Setelah Hujan
  2. Fantasia Bulan Madu
  3. Isabella
  4. Nigina
  5. Seribu Satu Natijah
  6. Teguh
  7. Melayar Bahtera
  8. Bisa
  9. Malam
  10. Asli Dan Tulus
  11. Kau Pergi
  12. Mentari Merah Diufuk Timur
  13. Meniti Titian Usang
  14. Kau Kan Tahu


Album: Search - #1 (1994)

  1. Isabella
  2. Fantasia Bulan Madu
  3. Gadis Misteri
  4. Fenomena
  5. Mentari Merah Di Ufuk Timur
  6. Langit Dan Bumi
  7. Isi Atau Kulit
  8. Seroja
  9. Kejora
  10. Pawana
  11. Teguh
  12. Laila Namamu Teratas
  13. Di Pintu Sepi
  14. Setelah Hujan
  15. Nirmala
  16. Rozana


Album: Gema Di Timur Jauh (1995)

  1. Laila Namamu Teratas
  2. Cintaku Hilang Bisanya
  3. Menuju Puncak
  4. Hello Kawan!
  5. Pinball Superhero
  6. Honky Tong Kosong
  7. Jeritan Rindu
  8. Roket
  9. Bersalah Atau Tidak
  10. No Way!!!
  11. Andai Ku Miliki Semalam


Album: "Unplugged" Gema Di Timur Jauh (1995)

  1. Kejora
  2. Rozana
  3. Isabella
  4. Fantasia Bulan Madu
  5. Bisa
  6. Gadisku
  7. Nirmala
  8. Melayar Bahtera
  9. Laila Namamu Teratas
  10. Hilang Dalam Terang


Album: Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997)

  1. Diari Habil & Qabil
  2. Pawana
  3. Pelesit Kota
  4. Seroja
  5. Gelora Cintaku
  6. Isi Atau Kulit
  7. Rock N' Roll Pie
  8. Medley Hits - a. Isabella, b. Fenomena, c, Meniti Titian Usang, d. Kejora, e. Gadisku, f. Rozana, g. Fantasia Bulan Madu
  9. Pasti


Album: Selepas Banjir (2000)

  1. Selepas Banjir
  2. Setanggi Rajang Malam
  3. Cintaku Karya Tuhan
  4. Millenium Sakral
  5. Pergilah
  6. Cadar Tak Berganti
  7. Zingaro Blues
  8. Jaga-Jaga
  9. Panakea
  10. Kejoraku Bersatu


Album: Fenomena 2003 (2003)

  1. Fenomena
  2. Purnama 2003
  3. Isabella
  4. Derap Komando
  5. Ku Taklukan Dunia
  6. Menara Kesesatan 2003
  7. Bencana
  8. Pawana
  9. Songsang
  10. Gadis Misteri


No comments:

Post a Comment

Post a Comment