Wednesday, November 25, 2009

Kumpulan Metalasia

Kumpulan Metalasia merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Pengenalan

Kumpulan Metalasia ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah naungan Tri Circle Entertainment atas cetusan rasa dan keinginan anggotanya yang ingin membawa pendengar menjiwai muzik ala 80-an yang diberi nafas baru dengan penekanan terhadap gitar work yang sangat progresif. Dianggotai oleh 5 orang anak muda yang mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang muzik terutamanya yang membabitkan jenis muzik underground dan seangkatan dengannya, mereka kini dilandaskan yang paling tepat untuk mengegarkan persada muzik metal tanahair.

Kumpulan Metalasia ini juga boleh dikatakan deipengaruhi aliran muzik Italian Symphonics Power Metal yg telah diperkenalkan oleh kumpulan yang berasal dr eropah iaitu Rhapsody of Fire .

Cara pembawaan lagu boleh dikatakan seakan kumpulan Cacophony (Perpetual Burn) yang diterajui oleh gitaris lagenda Marty Friedman dan Jason Becker. Walau apa pun, kumpulan Metalasia dan juga petikan gitar King Shah & Ridz dapat memang mengasyikkan dan berjaya membawakan lagu-lagu mereka setanding dengan kumpulan-kumpulan heavy metal dari barat.


Ahli

  1. King Shah - Guitar
  2. Ritz - Guitar
  3. Sam Maya - Drums
  4. Zen - Bass
  5. Muix - Vocals


Ahli Asal

  1. Cd Naz - Vocal & Guitar
  2. Sam Maya - Bass


Album

  1. Khalifah Alam Maya - 1999 - Tri Castle Bass World Sdn Bhd
  2. Silantra... Bermulanya Sebuah Epik - 2002 - Tri Castle Entertainment


Lagu

Khalifah Alam Maya

  1. Banzai
  2. Insaf Manusia Berdosa
  3. Khalifah Alam Maya
  4. Kamikaze
  5. Ikhtilaf
  6. Dimensi (Instrumental)
  7. Bencana
  8. Aniaya
  9. Kuda Padiku Mengamuk Dengar Lagu Metal (Instrumental)
  10. Lumba Maut
  11. Inspirasi (Instrumental)

Silantra... Bermulanya Sebuah Epik

  1. Awallulkalam
  2. Serangan Katari
  3. Silantra
  4. Mimpi & Alamat
  5. Istana Api
  6. Bahtera Puaka
  7. Puteri Natya Shastra
  8. Bisikan Putera
  9. Senjata Sakti Tujuh Gunungan
  10. Naga Sakti
  11. Tangisan Shastra
  12. Senja Merah Di Kota Larangan


Anugerah

Anugerah Industri Muzik 2003

Album Hard Rock Terbaik - Artis/Produser: Silantara…Bermulanya Sebuah Epik - Metalasia dan King Shah


Maklumat Tambahan

Genre: Musik Metal Progresif, Power Metal
Tema lirik: Epik Malaysia
Tahun ditubuhkan: 1997
Naungan: Tri Castle Entertainment
Status: Aktif
Nota:

  1. Kumpulan muzik yang pernah membuat jelajah ke Jepun dan Korea
  2. Pernah membuat rakaman bersama Ning Baizura
  3. Penyanyi asal CD Naz(album Khalifah Alam Maya) merupakan bekas gitarist utama kumpulan Sil Khannaz

Metalasia

Thursday, November 19, 2009

KUMPULAN ARYAN

Kumpulan Aryan

Kumpulan Aryan merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rockMelayu.

Album

  • Baiduri Cintaku (1990)


Lagu-lagu


Baiduri Cintaku '90 - (1990)

  • Baiduri Cintaku
  • Harapan
  • Jambangan Dipusara
  • Kepastian Abadi
  • Watikah Kehidupan
  • Misteri Pencipta
  • Dia
  • Sengketa
  • Pelayaran Rindu
  • Kenangan Lalu

Album

  • Baiduri Cintaku (1990)


Lagu-lagu


Baiduri Cintaku '90 - (1990)

  • Baiduri Cintaku
  • Harapan
  • Jambangan Dipusara
  • Kepastian Abadi
  • Watikah Kehidupan
  • Misteri Pencipta
  • Dia
  • Sengketa
  • Pelayaran Rindu
  • Kenangan Lalu


Fail:Aryan - Baiduri Cintaku '90 - (1990).jpg

KUMPULAN SOFEA

Kumpulan Sofea


Sofea ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986).

Kumpulan Sofea sering-kali mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik yang panas seperti dalam lagu "Hati Syaitan", "Orang Timur" (Battle Of The Bands 1), "Mata Sepet" (Battle Of The Bands 2), "Anak Liar" (1987) dan banyak lagi.[1] Selain itu mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej 'Motley Crue' dan 'Kiss' mereka.


Sejarah

Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubohkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu saorang anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim.

Sofea pada mulanya ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Ipoh, Perak. Pada tahun 1986, mereka telah menyertai Battle of The Band pada tahun tersebut. Selepasnya, mereka telah turut disertakan dalam album Battle of The Band (1986). Setelah album ini keluar, mereka sudah tidak lagi diuruskan oleh Syed Yusuf, lantaran ini mereka menukar nama mereka kepada Sofea.

Pada tahun 1987, mereka kembali dengan album pertama mereka dengan nama Sofea berjudul Kembali. Album ini mengandungi sepuluh lagu dan telah diterbitkan serta diedarkan oleh Warnada Sdn. Bhd.. Album ini turut menggunakan khidmat pemuzik luar daripada kumpulan yakni Raymond Lim.

Setahun selepas itu, yakni pada tahun 1988, mereka keluar lagi dengan album Anak Liar. Barisan anggota kumpulan ini telah bertukar, ahli di mana pemain dram, Nahar telah digantikan dengan Ujang. Man Rani pula turut menyumbangkan suara sebagai penyanyi, manakala Fancy telah diambil sebagai pemain gitar baru menggantikan Zam.

Pada tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain dram untuk Sofea untuk album Boneka dan Pentas. Tahun 1990, mereka telah melancarkan album terakhir mereka dengan judul Mimpi dan Airmata.


Diskografi

[sunting]Album studio

Kembali (1987)

Trek:

  1. "Api"
  2. "Debu Khayalan"
  3. "Ditinggalkan Keseorangan"
  4. "Garisan Di Persimpangan"
  5. "Hujan"
  6. "Kawasan Larangan"
  7. "Kehancuran"
  8. "Kembali"
  9. "Mata Sepet"
  10. "Orang Timur"


Anak Liar (1988)

Trek:

  1. "Anak Liar"
  2. "Gadis"
  3. "Suratan Perpisahan"
  4. "Godaan Syaitan"
  5. "Kejutkan Mereka"
  6. "Pabila Cinta Bersemi"
  7. "Siksa Bayangan"
  8. "Sisa Sisa Hidup"
  9. "Titik Titik Noda"
  10. "Bunga Padang Pasir


Boneka Pentas (1989)

Trek:

  1. "Kupu Kupu Malam"
  2. "Bunga Ku Kerinduan"
  3. "Boneka Pentas"
  4. "Juwita"
  5. "Sangkuriang"
  6. "Syurga Di Hujung Jarum"
  7. "Nadia"
  8. "Dewi Hayalan"
  9. "Garisan Cinta"
  10. "Pendusta"


Khudrat (1990)

Trek:

  1. "Satria Bangsa"
  2. "Ini Nasib Kita"
  3. "Khudrat Kehidupan"
  4. "Sketsa Rindu"
  5. "Godaan Dunia"
  6. "Senjakala"
  7. "Realiti"
  8. "Keluhan Hati"
  9. "Anak Kota"
  10. "Yik Foong Blues"


Mimpi & Airmata (1992)

Trek:

  1. "Lain Orang lain Cara"
  2. "Bersama Mimpi & Airmata"
  3. "Lu Tanggung Sendiri"
  4. "Tepian Gelanggang Cinta"
  5. "Syurga Dunia"
  6. "Rabun Di Kota"
  7. "Di Himpit Rupa Warna"
  8. "Jangan Turut Nafsu"
  9. "Lidah Bercabang"
  10. "Kota Sebuah Impian


Album kompilasi

  • Koleksi Emas Sofea/SYJ (1989)
  • Balada Sofea (1999)
  • MAY VS Sofea (2001)

[sunting]Ahli kumpulan

Antara yang pernah menganggotai Sofea:

  • Nahar - drum
  • Amir - vokal
  • Fancy - gitar
  • Man Rani - bes dan vokal
  • Alang - vokal
  • Amir - gitar
  • Addy - bes
  • Junn - dram
  • Zan - vokalSave Now
  • Eduat - dram
  • Atanka - gitar

Kulit album kumpulan Sofea

KUMPULAN JUNCTION

Kumpulan Junction

Kumpulan Junction merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-laguMelayu.

Ahli-ahli

  • Hatta - Vokalis
  • Amy - Lead Guitar



Diskografi


Album

  • Penentuan
  • Arah
  • Pertualang


Lagu-lagu

[sunting]Penentuan '89 - (1989)

  • Bisikan Hati
  • Cinta sejuta Warna
  • Monolog Untuk Rina
  • Sebelum Jauh tersesat
  • Sebelum terpejam
  • Penentuan
  • Lumrah
  • Kisah Cinta Antara Kita
  • Menunggu Hadirmu
  • Ku Masih Merindui Mu


Arah '88 - (1988)

  • Kesetian
  • Demi Cinta Setia
  • Arah kehidupan
  • Akan Ku Kenang
  • Perjalanan
  • Dosa
  • Tak Mungkin Lagi
  • Kenangan Berlalu
  • Alam Mimpi
  • Berakhirnya Pencarian


Pertualang '90 - (1990)

  • Tamar Jalis (Bercakap dengan Jin)
  • 11 L.A
  • Cebisan Luka
  • Harta (Pusaka)
  • Arca Dunia
  • Petualang
  • Penyakit Syaitan
  • Kepastian
  • Salah Kuasa
  • Kembali


KUMPULAN XPDC

Kumpulan XPDC

Kumpulan XPDC
merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-laguMelayu.

Ahli


1987 - 1997

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Lead Guitar
  3. Zua - Bass Guitar
  4. Lee Space - Drummer / Amy - Drummer


1998 - 2005

  1. Ali - Vokal
  2. Izo - Lead Guitar
  3. Zua - Bass Guitar / Yan (Lefthanded) - Bass Guitar
  4. Amy - Drummer / Lola (Kamikaze) - Drummer / Pae (Barongan) - Drummer


2006 - XPDC REUNION

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Lead Guitar
  3. Zua - Bass Guitar
  4. Amy - Drummer
  • Asyraf (Whiterose) pernah menjadi vokalis sementara pada pertengahan tahun 2006.

Sejarah


Awal penubuhan

XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy. Kumpulan Tragedy merupakan nama asal kumpulan XPDC.

Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zua. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.

Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!). XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang. Malangnya masalah dalaman dengan pihak Life Rekod (syarikat rakaman mereka) dan hasutan pihak luar telah menyebabkan studio dan pejabat tersebut di tutup. Kesan selepas itu ahli kumpulan kecewa dan keretakan mula nampak pada XPDC.

Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.

Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.

XPDC juga pernah muncul dalam filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah. Di dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan Lola.

Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.

[sunting]2006

Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.Pada jun 2006, Asyraf dari kumpulan (Whiterose)salah satu kumpulan dari Sarawak pernah menjadi vokalis sementara XPDC.Atas masalah peribadi,Asyraf( Whiterose) telah keluar dari Xpdc pada Ogos 2006.


2007

Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan Allahyarham JS Kevin.

Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).


2008

Pada tahun 2008 XPDC diuar-uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.


2009

Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' akan telah berada dipasarkan bulan November 2009. Antara lagu-lagu di dalam album terbaru...

  1. Sanasinisamasaja
  2. Aku Tetap Aku
  3. Ntahye Ntahtidak
  4. Rasopariso
  5. Rasa
  6. Puing Cinta
  7. Sampai Bila

Lagu dipetik dari 'Rock Union'...

  1. Curahan Rasa
  2. Menentang Arus

Lagu bonus: Headbang (Remastered)...

  1. Raja Kertas (Darjah Satu)
  2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
  3. Bahalol (Kita Peng Yu)
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)

BONUS VCD

  1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010


Diskografi


Album

XPDC (Vokal Mael)

  1. Darjah 1 (1990)
  2. Timurbarat (1992)
  3. Kita Peng-Yu (1994)
  4. Brutal (1997)
  5. Rock Union (2008)
  6. Rasopariso (2009)

XPDC (Vokal Ali)

  1. Samurai (1998)
  2. Un'Metal (2000)
  3. V6 (2002)
  4. Un'Metal II (2004)
  5. MdLey Rugged (2006)


Lagu terpilih

  1. "C.I.N.T.A."
  2. "Aku Dan Sesuatu"
  3. "Bukan Milik Aku"
  4. "C.T. Cinta Kenangan Silam"
  5. "Cekal"
  6. "Bahalol"
  7. "Ntahapahapantah"
  8. "Titian Perjalanan"
  9. "Impian Seroja"
  10. "Hijau Bumi Tuhan"
  11. "Nafisa"
  12. "Lagu Dari Aku"
  13. "Hentian Ini"
  14. "Semangat Yang Hilang"
  15. "Tak Nak Jadi Soh Chai"
  16. "Senapang Patah"
  17. "Aku Masih Di Sini"
  18. "Apa Nak Dikata"
  19. "Hidup Bersama"
  20. "Sedekah"
  21. "Langsung Tak Faham"
  22. "Teman"
  23. "Semangat Perjuangan Harmoni"
  24. "Berdesup Cahaya"
  25. "Sakinah"
  26. "Kaca"
  27. "Monggol Dah Pulang"
  28. "Hujan Airmata (Simpati Bumi Palestin)"



Tuesday, November 17, 2009

KUMPULAN HANDY BLACK

Kumpulan Handy Black merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Handy black ni merupakan band rock yang muncul tahun awal 80-an dulu. Antara lagu yang paling best ialah Natrah. Lagu yang menjadi lagenda kepada kumpulan ini, mengisahkan kejadian rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950an.

Lagu yang menceritakan penderitaan seorang gadis bernama Natrah ini adalah antara lagu yang diharamkan untuk penyiaran dari album kedua Handy Black pada tahun 1990 kerana menyentuh isu agama dan negara.

Bakat mereka dicungkil dari gagasan Clash Of The Bands. Lagu yang dirakamkan untok kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, Line-up mereka masa tu adalah MAHMUD (vokalis) Rosli Jantan (gitaris) BADD (bass) dan AMY Kamikaze (dram),

Album sulong Handy Black bertajuk GEMPAK keluar pada tahun 1989 menampilkan lagu hit mereka masa tu "Jenazah Cinta", Vokalis Handy Black masa tu adalah ISA RAHMAN. Lagu2 Handy Black masa tu tak sempat dibuat kompilasi sampai la sekarang (Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujok lagu2 macam ni la). Handy Black kembali pada era 1990 an bersama beberapa line-up baru.

Kumpulan ini muncul semula pada lewat tahun 90an dengan menampilkan penyayi baru Zul. Dan anggota lama kumpulan ini yang masih kekal ialah LEE dan ELLY.

Walau bagaimanapun pada tahun 2005 Zul telah melangkah keluar dari HANDYBLACK dan tempat nya telah digantikan oleh AMAR dari kumpulan CRASH yang pernah hit dengan lagu MAHSURI 1st album dan Abadikan Salam 2nd album. Amar telah dilamar oleh kumpulan HANDYBLACK pada hujung tahun 2005 untuk mengantikan tempat Zul dan atas sebab tak dapat dielakkan penanguhan vokalist untuk HANDYBLACK terpaksa ditunda untuk mencari vokalist lain. Tapi dengan berkat sabar 3 anggota asal handyblack sehingga awal tahun 2007 AMAR sekali lagi dilamar oleh anggota handyblack bagi menepati citarasa kumpulan ini. Dengan oleh itu serta persetujuan anggota handyblack, AMAR dengan sah nya menganggotai kumpulan HANDYBLACK dan kini barisan anggota HANDYBLACK ialah AMAR, ZAM, LEE dan ELY.

Ahli-ahli

  1. Amar (Penyanyi - Bekas penyanyi kumpulan CRASH lagu hit MAHSURI 1st album dan ABADIKAN SALAM 2nd album)
  2. Lee (pemain gitar)
  3. Elly (Pemain dram)
  4. Zam (pemain gitar bass)



Diskografi

[sunting]Album

  • Lambang Sakti
  • Tangan Hitam (Anggota masa itu Isa Rahman, Rosli, Bad dan Amy)
  • Realiti


Lagu-lagu

  • Kau Yang Bernama Seri
  • Naga Sakit Kepala
  • Lambang Sakti
  • Surat Orang Kampung
  • Tidurlah Bidadariku
  • Manakah Lagi
  • Ada Aku Kisah
  • Bukan Senang mahu Senang
  • Maafkanlah Diriku
  • Naga Sakti
  • Gadis Idamanku
  • Seri Bewarna pelangi
  • Hanya Dalam Lagu
  • Tidurlah Wahai Permaisuri

Fail:Kumpulan Handy Black - Tangan Hitam.jpg


KUMPULAN DESIRE

Sejarah Kumpulan Desire

Kumpulan Desire merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock di Malaysia yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Pengasas bagi kumpulan Desire ini ialah Razli Hussain (pemain gitar utama) yang telah menubuhkan kumpulan ini pada tahun 1985. Kumpulan Asal Desire ini terdiri daripada Ranzmie (penyanyi), Razli (gitar), Eddie (bass) dan Ali (drum). Kumpulan Desire amat terkenal di negeri Kelantan pada era 80an dan merupakan juara dalam pertandingan Juara Rock Negeri Kelantan pada tahun 1985. Pada tahun 1986 Desire mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan Juara Juara Rock Malaysia (pada ketika itu kumpulan May menjadi juara.). Bagaimanapun Kumpulan Desire tidak berputus asa dan pada tahun 1987, kumpulan ini telah menjadi juara dalam pertandingan Juara-juara Rock Malaysia ke 2. Bertitik tolak dari situ syarikat Polygram telah berminat menawarkan peluang kepada kumpulan Desire untuk merakamkan album pertama.

Pada tahun 1988 Kumpulan Desire telah muncul di persada tanah air dengan album sulung mereka SUMPITAN SENJA yang menampilkan lagu-lagu heavy/speed metal dan slow rock. Album Sumpitan Senja menampilkan Ranzmie sebagai penyanyi utama. Ranzmie yang bersuara nyaring sesuai dengan lagu yang pantas dan agresif, tetapi kurang menyengat untuk lagu yang berentak perlahan.

Pada tahun 1989 Desire merakamkan album kedua mereka berjudul TOLAK CAMPOR KALI BAHAGI. Album ini menampilkan Johan sebagai penyanyi baru mereka setelah Ranzmie mengambil keputusan untuk mengundur diri. Album ini telah menolak naik nama Desire ke peringkat lebih tinggi dalam bidang muzik rock Malaysia dan mendapat anugerah Gold Disc dari Polygram. Genre muzik yang dimuatkan dalam album ini adalah berentak blues rock & hard rock.

Album ke 3 Desire dihasilkan pada tahun 1990 bertajuk KATA KATA KATA dengan Eury Khan pula sebagai penyanyi utama. Genre muzik untuk album ketiga ini lebih kepada R&B dan funky rock. Eury kemudiannya menarik diri dan mengganggotai kumpulan Nobat atau S.O.S pada tahun 1991.

Masalah yang dihadapi oleh kumpulan Desire ialah untuk mengekalkan ahli-ahli mereka. Perpecahan kerap berlaku apabila ada ahli yang mengundur diri bagi menceburi bidang lain. Ini kerana mereka bergiat aktif hanya di Kelantan, Terengganu dan Thailand dan tidak pernah berhajat untuk menetap di ibukota yang mempunyai lebih banyak peluang untuk ke hadapan. Kumpulan Desire ini terus menyepikan diri pada tahun 1991 sehingga 2005 selepas konsert rock diharamkan di Kelantan oleh Kerajaan Negeri.

Pada tahun 2007, Kumpulan Desire muncul kembali dengan album ke 4 bertajuk PUTERI SAADONG. Genre muzik kali ini lebih kepada Pop Rock dan slow rock mengikut peredaran masa. Mungkin kematangan telah membawa kumpulan ini menerbitkan lagu-lagu yang berentak lebih segar dan relaks. Lagu-lagu di dalam album ini dicipta dan diterbitkan oleh kumpulan Desire sendiri.


Ahli-ahli Kumpulan Desire

Ahli Asal (Sebelum menerbitkan album)

  • vokal - Ranzmie
  • gitar utama - Razli
  • gitar kedua - Amir
  • bass - Eddie
  • drum - Ali

Album : Sumpitan Senja (1988)

  • vokal - Ranzmie
  • gitar utama - Razli
  • gitar kedua - Saiful
  • bass - Zuki
  • drum - Rosdi

Album : Tolak, Campur, Kali, Bahagi (1989)

  • vokal - Johan
  • gitar utama - Razli
  • bass - Zuki
  • drum - Rosdi

Album : Kata Kata Kata (1990)

  • vokal - Eury Khan
  • gitar utama - Razli
  • gitar kedua - Roy
  • bass - Zuki
  • drum - Bidin

Album : Puteri Saadong (2007)

  • vokal - Wadi
  • gitar utama - Razli
  • gitar kedua - Roy
  • bass - Adi/Atid
  • drum - Yazid/Lan


Anugerah

  1. Johan 'Juara Rock Kelantan' (1985)
  2. Johan 'Juara Juara Rock Malaysia' ke 2 (1987)



Diskografi

  1. SUMPITAN SENJA (1988)
  2. TOLAK,CAMPOR,KALI,BAHAGI (1989)
  3. KATA KATA KATA (1990)
  4. PUTERI SAADONG (2007)



Sumpitan Senja (1988)

1. Sumpitan Senja
2. Dian Cinta
3. Kekejaman
4. Pemergian
5. Topeng Wajah
6. Kerana Cinta
7. Memoranda Luka
8. Bersyukur
9. Berakhir Sebuah Memori
10. Tinggalkan


Tolak Campur Kali Bahagi (1989)

1. Tolak Campur Kali Bahagi
2. otak ular
3. bias cinta
4. dosa semalam
5. sentuhan
6. benar tetap benar
7. hakikat cinta
8. angkara manusia
9. dinasti air mata
10. cetusan rindu


Kata Kata Kata (1990)

1. Bayang-Bayang
2. Kembang Berdarah
3. Tarian Gagak
4. Hati Menangis
5. Perhitungan
6. Kata Kata Kata
7. Bunga Baldu
8. Azazil
9. Kenangan Hidupku
10. Wau Bulan

[sunting]Puteri Saadong (2007)

1. Puteri Saadong
2. Perjuangan
3. Lara
4. Pelangi
5. Khayalan
6. Ingat Ingat
7. Menanti
8. Sesat
9. Cara Ku
10. Tanpa Mu
Fail:Desire - Puteri Saadong '07 - (2007).jpg